Netizen Tegur Sikap ‘Over’ Peminat Syafiq Kyle – “Menggeletis Lagi, Kan Mimi Lana Dah Sindir”

EntertainmentLifestyle
6 Sep 2025 • 3:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebuah entri di Threads baru-baru ini menjadi tular apabila seorang pengguna meluahkan rasa tidak puas hati terhadap peminat Syafiq Kyle yang didakwa keterlaluan dalam memberi komen di media sosial.

Menurut pengguna itu, peminat lelaki pelakon tersebut dikatakan terlalu over apabila sering mengomen secara menggeletis, cemburu, dan kadang-kadang bersikap rude atau kurang bijak.

image is not available

“Tu laki Mimi Lana. Sukati dia lah nak post pun. Jangan cakap aku takleh take a joke. Ko okay ke orang manjang joke pasal laki ko?” tulis pengguna tersebut dalam Threads.

Entri itu mendapat perhatian ramai kerana menegur sikap sesetengah peminat yang terlalu obses sehingga menganggu privasi dan kebebasan pasangan selebriti untuk berkongsi kehidupan mereka di media sosial. Ramai netizen bersetuju bahawa sesetengah peminat seharusnya lebih menghormati batasan dan tidak terlalu masuk campur dalam urusan peribadi selebriti.

image is not available

Selain itu, posting ini juga menimbulkan perbincangan hangat tentang hak selebriti untuk berkongsi momen peribadi tanpa dikritik atau diperlekeh oleh pengikut mereka di platform digital.

image is not available 2025-09-02 11:24:03

Mimi Lana Nafi Letak Syarat Hanya Terima Job Pakej Dengan Syafiq Kyle