
Netizen tersentuh lihat pelajar STPM bawa ibu ke pentas untuk ambil sijil STPM
Netizen Terharu Lihat Anak Lelaki Terima Sijil STPM Sambil Pegang Tangan Ibu Naik Atas Pentas. Baru-baru ini, seorang pelajar lelaki tular di media sosial apabila dia membawa ibunya ke atas pentas untuk menerima sijil STPM.
Menerusi perkongsiannya di laman TikTok, pelajar tersebut berjalan ke arah pentas dengan bangga tetapi berhenti separuh jalan di sebelah tempat duduk penonton untuk membawa ibunya bersama.

“Walaupun keputusan bukan 4 flat (PNGK), saya bersyukur dapat menunaikan hasrat ibu,” tulisnya pada kapsyen video pendek itu.
Semua kakitangan sekolah di atas pentas bertepuk tangan kepada pelajar dan ibunya semasa dia membongkok untuk memberi salam kepada mereka.
Kebanyakan netizen respect dengan pelajar ini
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengagumi usaha pelajar itu untuk membanggakan ibunya dan mendoakan kejayaan dalam usahanya pada masa hadapan.
“Tahniah kerana membawa ibu bapa ke atas pentas. Itu impian saya semasa di sekolah,” komen pengguna TikTok.
“Tidak semua anak lelaki berbuat begini, memegang tangan ibunya. Saya sangat bangga dengan awak dan mendoakan kejayaan berterusan,” kata seorang lagi netizen.


