“Satu dewan bangun” – Netizen Terharu Lihat Reaksi Penonton Rai Kemenangan Pearly-Thinaah Di Olimpik Paris

Entertainment
29 Jul 2024 • 11:00 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pasukan badminton Malaysia di Olimpik Paris 2024 kali ini semakin menayangkan taringnya apabila semalam, beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah menunjukkan aksi cemerlang dengan menewaskan pasangan nombor enam dunia dari Jepun, Matsumoto-Wakana Nagahara.

Pearly-Thinaah telah mencipta kejutan selepas kalah pada set pertama dengan mata 18-21, sebelum bangkit dengan mata 21-15 dan 21-16 pada set kedua dan ketiga, sekaligus menang ke atas juara dunia 2018 dan 2019 pada aksi Kumpulan A di Porte de La Chapelle Arena.

image is not available

Momen kemenangan Pearly-Thinaah dapat ‘standing oviation’

Namun apa yang menarik perhatian ramai ialah berkenaan video yang tular di laman TikTok memaparkan momen kemenangan beregu wanita ini yang mendapat sokongan ramai.

Ketika Pearly-Thinaah mendapat mata penamat bagi perlawanan tersebut, kemenangan mereka mendapat ‘standing oviation’ dan tepukan gemuruh daripada penonton di dewan yang mana rata-rata terharu dengan kejayaan pasangan beregu tersebut.

“Walaupun bukan final, tapi semangat mereka tu… extra miles”

Video berkenaan juga telah mendapat komen positif daripada netizen yang terharu dengan sokongan yang diberikan terhadap pemain badminton negara.

Malah ada juga tidak menyangka ramai penonton dari luar negara menyokong team Malaysia.

image is not available

Malaysia boleh! Semoga kita beroleh emas yang pertama tidak lama lagi!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.