Netizen Terhibur Tengok Gelagat ‘Rider’ Terpaksa Naik Lif Dengan Anjing – “Kau Tingkat Berapa? Aku Tingkat 14”

11 Jun 2025 • 3:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Video dikongsikan seorang lelaki baru-baru ini telah mencuit hati ramai selepas dia yang bekerja sebagai penghantar makanan terpaksa menggunakan lif bersama-sama seekor anjing.

Menerusi rakaman itu, lelaki berkenaan yang dilihat memakai helmet berwarna kuning dan berada di dalam lif bersama dengan seekor anjing berwarwa hitam di sebuah kediaman jenis high rise.

Kejadian itu berlaku ketika dia mahu menghantar makanan di rumah pelanggannya dan ketika lif terbuka, anjing berkenaan yang berada di situ terus meluru masuk.

image is not available

Tiada pilihan lain, dia juga terpaksa masuk dan sempat merakamkan video sambil berseloroh bertanya pada anjing itu,

Kau tingkat berapa? Aku nak pergi tingkat 14.

image is not available

image is not available

Apa yang membuatkan ramai terhibur apabila anjing itu tiba-tiba bangun dan menghampirinya membuatkan lelaki tersebut panik dan menyebut ‘Ya Allah’.

Difahamkan, anjing itu merupakan haiwan peliharaan penduduk setempat dan sudah biasa meenggunakan lif bersama penghuni lain di situ.

 

image is not available 4 weeks ago

‘Soalan Macam Ni Pun Nak Tanya Ek?’ - Netizen Terhibur Carian Pada Billboard Sebuah Highway