Tiga Beradik Nikahi Tiga Lelaki Bersaudara, Baru Betul Tiga Abdul Sebenar

3 Jun 2025 • 8:10 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Tiga beradik nikahi tiga lelaki bersaudara

Baru-baru ini tular di media sosial, tiga beradik perempuan selamat melangsungkan pernikahan secara serentak bersama tiga beradik lelaki dalam satu majlis yang sama telah mencuri perhatian warganet.

Tiga beradik nikahi tiga lelaki bersaudara

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @Cvtie_lulu di TikTok memperlihatkan ketiga-tiga pengantin perempuan mengenakan busana rona putih sedondon duduk bersama-sama ketika majlis berlangsung.

“Acara nikah tiga beradik perempuan bersama tiga adik beradik lelaki,” tulis salah seorang pengantin di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, mereka juga memaklumkan hubungan itu berlandaskan cinta bukannya paksaan daripada ibu bapa malah mereka berharap dapat menimang cahaya mata diwaktu yang sama.

image is not available

“Kami berenam memang terkenan secara kebetulan bukan sebab dijodohkan.

“Kami juga dah mula merancang untuk mengandung pada hari yang sama,” jelasnya.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, warganet terkejut melihat perkongsian pernikahan itu dan mengaggap ia merupakan suatu perkara yang baharu dan jarang ditemui.

Malah ada juga wargamaya teruja melihat momen tersebut kerana hampir sama seperti drama P Ramle, berjudul Tiga Abdul.

Macam Tiga Abdul

image is not available

Nanti boleh mengandung sekali

image is not available

Seronok juga mertua sama

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 2.7 juta tontonan dan menerima lebih 157,000 tanda suka.

Sumber: TikTok cvtie_lulu