Netizen Terhibur Wajah Imran Bard Persis Atlet Olahraga Olimpik Amerika Syarikat - “Muka Sama Perangai Sama”

6 Aug 2024 • 2:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Sepotong video memaparkan aksi ‘catwalk’ atlet olahraga Amerika Syarikat, Anna Cockrell mencuri perhatian netizen apabila disamakan dengan wajah personaliti media sosial, Imran Bard. 

Muka mirip atlet Olimpik Amerika Syarikat

Perkongsian yang tular itu turut mendapat perhatian tuan badan dan Imran kemudiannya turut mengulang ciapan hantaran tersebut. 

“4x4 jap doakan Gold okay, sebab ini saya mintak visa sbb nak wakil US,” tulisnya. 

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen terhibur dan mengakui wajah Imran sememangnya mirip atlet tersebut. 

BERITA TRENDING: Sujud Syukur, Pakai Topeng Khas… Faisal Halim 

BERITA TRENDING: Pesawat Malaysia Airlines Bawa Jemaah Umrah 

“Weh muka sama perangai sama.

“Ahhh sudah! At first i thought Azfar dah cukup Aaron Chia untuk Olimpik. Know know Imran Bard dia mai munculkan diri out of nowhere dari USA. Kelas ek. Senyap senyap korang wakil Olimpik ek.

“Sebiji sial hahahahahaha ingatkan azfar je ada kembar dekat olimpik,” komen beberapa netizen.

Sebelum ini juga tular apabila wajah pempengaruh Azfar Heri turut dikatakan mirip pemain badminton negara Aaron Chia.