“I was so confused” – Atlet AS Respon Lepas Netizen DM Wajahnya Dikatakan Seiras Imran Bard

Entertainment
6 Aug 2024 • 4:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau sebelum ini tular wajah pempengaruh Azfar Heri yang dikatakan seiras dengan pemain badminton beregu lelaki, Aaron Chia, kali ini kecoh pula dengan wajah seorang lagi pempengaruh iaitu Imran Bard yang didakwa mirip dengan seorang atlet di Olimpik Paris.

Ia susulan video atlet Amerika Syarikat (AS) sedang catwalk di trek larian sehingga meraih perhatian netizen Malaysia kerana wajah dan gelagatnya persis dengan Imran Bard.

Dalam pada itu, Imran atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin juga sempat berseloroh di ruangan kapsyen mengatakan dirinya sedang bersedia untuk memulakan larian 4×4 serta meminta agar orang ramai mendoakan kejayaannya memperoleh emas.

Netizen DM atlet AS

Tidak terhenti di situ, ada netizen yang menghantar mesej kepada atlet terbabit yang dikenali sebagai Anna Cockrell memberitahu mengenai dirinya sedang menjadi perhatian oleh netizen Malaysia.

Malah, netizen tersebut turut memaklumkan kepada atlet berkenaan tentang masalah yang dihadapi pempengaruh terbabit yang sebelum ini kecewa permohonan visa ke AS ditolak.

“Saya perasan dia tag video saya…”

Atlet olahraga itu turut membalas respon dengan mengucapkan terima kasih kerana memberitahunya serta menyatakan dia sedar banyak komen datang dari pengguna media sosial Malaysia dan juga Indonesia.

“Hi, terima kasih sebab beri penjelasan. Saya perasan dia ada tag video saya dan saya juga menerima banyak komen dari pengguna dipercayai dari Malaysia dan Indonesia” katanya.

image is not available

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen terhibur dan tak melepaskan peluang menyakat Imran.

Ramai betul ‘kembar tak seiras’ Imran ya…

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.