Netizen Terkejut Lihat Lambang Mata Satu Di Konsert Gegar Vaganza 9, Rupanya Memang Macam Tu Sebab Dewa19

17 Oct 2022 • 2:32 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Kenapa mesti kena ada lambang mata satu? Kalau korang tengok konsert Gegar Vaganza 9 minggu kelima semalam mesti perasan ada benda tak kena masa persembahan salah seorang peserta malam tadi.

Perkara ini dibangkitkan seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Cik Puan Laila yang mempersoalkan mengapa perlu ada lambang mata satu. Lambang ini dapat dilihat ketika Asheed Def Gab C berduet bersama Tam Spider dengan lagu Angin daripada kumpulan Dewa19.

Bukan hanya mata satu tapi siap tiga segi lagi tu…

image is not available

image is not available

Nampak ketara sangat lambang tu kan? Sudah pasti perkara ini menimbulkan persoalan di kalangan penonton sebab lambang mata satu dengan segitiga ini adalah simbolik untuk dajjal dan agenda illuminati.

Itu memang cover album Dewa19…

Bagaimanapun, ada yang menjelaskan bahawa lambang itu adalah cover album milik Dewa19 dan ini dapat dilihat dari bentuk love yang ada ditengah-tengah biji mata.

image is not available

image is not available

image is not available

Ahmad Dhani pernah beri penjelasan..

image is not available

Sebelum ini, penyanyi utama kumpulan Dewa19, Ahmad Dhani pernah menafikan tentang dakwaan mereka menggunakan mata dajjal. Dhani menjelaskan cover almbul Cintailah Cinta itu telah dilukis oleh seorang pelukis dan di dalam mata ada satu lagi mata lain.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media