“Akhir zaman ke ni?” – [VIDEO] Netizen Pertikai Mengapa Ada Simbol ‘Mata Satu’ Dalam Konsert GV?

Entertainment
17 Oct 2022 • 3:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam telah berlangsung konsert minggu kelima rancangan realiti nyanyian Gegar Vaganza (GV) bagi musim ke-9.

Boleh dikatakan persembahan kesemua artis semalam amat menakjubkan, pun begitu rezeki tidak menyebelahi Pat Candy apabila dia diumumkan tersingkir daripada pertandingan tersebut.

Selain persembahan duet Jaclyn Victor dan Aina Abdul yang membuatkan ramai kagum, ada sebuah lagi persembahan yang tular sejak semalam kerana terdapat paparan logo ‘mata satu’ ketika persembahan berjalan.

Persembahan yang dimaksudkan ialah duet antara Asheed Def Gab C dan penyanyi jemputan Tam Spider, yang menyanyikan lagu berjudul Angin oleh kumpulan yang terkenal dari Indonesia iaitu Dewa 19.

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @cikpuanlaila itu mendapat perhatian netizen dan setakat ini, video tersebut telah mendapat lebih 40K tontonan.

Simbol mata satu itu sering dikaitkan dengan ajaran Freemason yang berkait rapat dengan ketuanan global dan sering menjadi pertelagahan lebih-lebih lagi mengikut kepercayaan agama.

“Mesti naik isu ni!”

Walaupun persembahan kedua-dua mereka itu amat menghiburkan dan menunjukkan peningkatan oleh peserta GV, iaitu Asheed yang merupakan vokalis Def Gab C namun paparan logo tersebut menimbulkan pertikaian daripada netizen.

image is not available

Pun begitu, dalam ruangan komen video yang sama, ada juga yang menyatakan itu merupakan album cover bagi lagu nyanyian kumpulan Dewa19 itu.

image is not available

Hmm, apa-apa pun semoga Asheed Def Gab C sentiasa berikan performance yang terbaik!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.