Netizen terkejut tengok ibu Sasha Aziz masih cantik berseri walaupun umur dah cecah 60 tahun

31 Mar 2026 • 12:01 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Penampilan ibu pempengaruh dan usahawan, Sasha Abdul Aziz, yang kelihatan awet muda semasa beraya menarik perhatian ramai netizen.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Sasha merakam momen menziarahi ibunya yang mengenakan busana kebaya nyonya, sambil menyakat ibu tersayangnya.

Penampilan ibu Sasha yang anggun dan elegan mengundang pujian ramai, terutamanya apabila ramai tidak percaya beliau sudah mencecah usia 60 tahun.

Dalam video tersebut, Sasha turut mendedahkan rahsia awet muda ibunya.

Menurut Sasha, ibu beliau mengamalkan diet tertentu dan enggan mengambil nasi mahupun laksa walaupun memasaknya sendiri.

“Lawanya ibu, berkebaya nyonya lagi. Dorang cakap kongsilah tips macam mana ibu nampak muda, walaupun di usia 60 tahun.

”Ibu diet, dia masak tapi dia tak makan nasi, tak makan laksa juga,” ujar Sasha.

Netizen memberikan pelbagai reaksi kagum di ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan ibu Sasha dan mengakui terinspirasi dengan penampilan serta disiplin diet beliau. – MYBERITA