Netizen Terkejut Tengok Muka Tak Bersiap Liyana Jasmay, Caprice Tampil ‘Back Up’

Entertainment
31 Jan 2024 • 10:58 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon Liyana Jasmay menjadi bahan sindiran netizen selepas tular video memaparkan wajah aslinya tanpa solekan dan filter.

Video yang dimuat naik Liyana di TikTok itu sehingga kini telah meraih 3 juta tontonan dan ribuan komen. Orang ramai meluahkan rasa terkejut melihat selebriti ini dalam keadaan begitu.

https://www.tiktok.com/@ljoneandonly/video/7329433944909253889?q=liyana%20jasmay&t=1706669020575

Iyalah, biasa orang upload yang cantik-cantik je kan? Di ruangan komen, ada yang memetik nama suami Liyana Jasmay dan menyamakan wajahnya dengan bibik sebenar.

image is not available

Penyanyi rap, Caprice tampil mempertahankan pelakon terbabit dan menyelar netizen ‘mulut longkang’. Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli meminta netizen cermin diri sendiri dan pasangan sebelum mengkritik orang lain.

Tegasnya lagi, dalam dunia ini tiada siapa yang sempurna dan sentiasa kekal cantik. Apa yang penting adalah isi hati seseorang itu. Bang bang!

Kredit: Instagram Caprice | TikTok Liyana Jasmay

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media