Wajah Liyana Jasmay tanpa solekan disoal netizen -“Macam mana suami dia boleh suka?”

31 Jan 2024 • 11:13 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Wajah pelakon Liyana Jasmay tanpa secalit solekan walaupun berstatus selebriti semasa bercuti di sebuah hotel meraih pujian netizen.

Namun, ada dalam kalangan netizen meninggalkan kata-kata seakan menyinggung perasaan pelakon beusia 36 tahun itu dengan mempersoal kecantikannya.

Wajah Liyana Jasmay tanpa solekan

Menerusi video dikongsikan, Liyana dilihat sedang menikmati burger di tepi sebuah kolam renang. Dia turut memaklumkan dirinya tidak cukup tidur kerana sibuk menjalani penggambaran.

Liyana Jasmay juga dilihat tidak menggunakan sebarang ‘filter’ pada aplikasi telefon pintarnya untuk menutup cela dan jerawat yang ada pada wajahnya.

“Bila belum tidur lebih 16 jam. Dapat makan burger sedap, nak menangis!
“Semalam penat berlakon, kena rasuk, lebam kaki, telinga berdarah, mata kabur. Tapi, alhamdulillah untuk semuanya. Saya sangat bersyukur,”tulis Liyana pada ruangan hantaran di TikTok.

@ljoneandonly

bila belum tido lebih dari 16jam, dan dpt makan burger sedap ni nak nangis! semalam penat berlakon kena rasuk lebam kaki, darah telinga, mata kabur.. tapi alhamdulillah for everything.. Im so grateful

♬ original sound – LiyanaJasmay – LiyanaJasmay

Ini baru bibik!

Wajah pelakon filem Papadom itu menjadi bualan ramai dan ada yang menyamakan Liyana dengan pembantu rumah (bibik).

Tidak kurang juga ada yang mengaitkan Liyana Jasmay dengan pelakon Fathia Latiff yang sebelum ini mencetuskan kontroversi dengan rupa parasnya.

image is not available
image is not available image is not available image is not available image is not available

Ada juga yang meninggalkan komen seakan menyindir dengan mempersoal bagaimana suami Liyana Jasmay, Fathuddin Mazlan suka akan aktres tersebut.

“Ya Allah, macam mana suami dia boleh suka kat dia ni? Keadaan..”komen salah seorang warganet dikenali Emylia Syarifudin.

image is not available

 

Bagaimanapun, pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 tidak marah apabila dilemparkan kata-kata sebegitu. Sebaliknya, bersyukur suamianya meneriam dirinya seadanya dan rumah tangga mereka bahagia.

“Alhamdulillah, atas cinta yang kami miliki. Insya-Allah, lebih banyak tahun hidup bersama,”jawab Liyana berserta video bersama suami.

Meskipun menerima kritikan, ramai dalam kalangan netizen memuji sikapnya yang tampak yakin dan bersahaja berkongsi wajah tanpa sebarang calitan solekan di media sosial.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Sebelum ini, Liyana pernah dikecam netizen kerana warna kulitnya yang dikatakan semakin gelap berbanding sebelum ini.

Namun, dia tidak pernah marah lebih-lebih menyamakan kulit aktres itu seperti orang kampung berbanding artis lain yang semakin putih dan cantik.

image is not available

Sumber: TikTok @ljoneandonly