“Saya tak perlu manusia label siapa saya…” – Isu Berpenampilan Seksi Di HYROX, Isteri Dr Say Bersuara

Entertainment
2 Jul 2025 • 2:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pempengaruh dan doktor selebriti, Dr Say Shazril bersama isterinya, Dr Azura Abas mencuri perhatian netizen susulan perkongsian mereka menyertai acara kecergasan HYROX di Singapura, baru-baru ini.

Walaupun perkongsian itu memaparkan mereka sedang mengambil bahagian dalam setiap cabaran menerusi acara tersebut, segelintir netizen berasa kurang senang apabila melihat penampilan pasangan ini ketika bersukan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Niat hanya berkongsi tentang kesihatan

Sedar ramai yang mengkritik, Dr Azura tampil memberi respon mengenai isu pakaiannya yang dilihat seksi. Jelas Dr Azura, dia mengakui kekurangan diri dan berharap dikurniakan hidayah daripada yang Maha Esa.

“Saya tahu banyak yang mengecam di hantaran Dr Say dan saya.

“Sejujurnya, saya terima kekurangan saya, Insya-Allah hidayah akan tiba jua.”

Bagaimanapun, Dr Azura menegaskan bahawa hantaran yang dikongsikan itu hanyalah bertujuan untuk menggalakkan aktiviti kecergasan dan kesihatan.

“Tetapi post ini soal kesihatan, tak ada maksud yang lain. Kalau suka boleh dijadikan inspirasi, kalau tak suka tak mengapa,” ujarnya.

Tambahnya lagi, tiada siapa yang berhak menghukum seseorang kerana hanya Allah SWT yang menentukan baik dan buruk setiap hamba-Nya.

image is not available

Terdahulu, netizen menegur pemakaian Dr Azura yang hanya mengenakan sports bra, yang dilihat mendedahkan sebahagian tubuh badannya manakala Dr Say hanya memakai seluar pendek tanpa baju sedangkan ada peserta lain boleh berpakaian lebih sopan.

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.