Netizen Teruja Lihat Amira Othman & Ibu Fattah Amin Hadiri Majlis Ilmu Yang Sama – “Senyum Je Mak Dia..”

LocalEntertainment
21 Feb 2025 • 11:22 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan kelibat penyanyi, Amira Othman menghadiri sebuah majlis agama.

Video tersebut mendapat perhatian ramai kerana dilihat ibu kepada pelakon, Fattah Amin iaitu Azizah Abdul Ghani turut menghadiri majlis yang sama.

image is not available

Menerusi klip yang tular itu, Amira dilihat mengenakan baju berwarna kelabu muda dan dilihat memandang ke arah Azizah sambil tersenyum.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat mereka menghadiri majlis yang sama dan mengusik mengatakan Amira dan bakal ibu mentua hadir ke majlis ilmu bersama-sama.

image is not available

image is not available

Sebelum ini, nama Amira Othman dan Fattah Amin menjadi bualan netizen selepas didakwa menjalinkan hubungan istimewa.

Walau bagaimanapun, kedua-dua belah pihak telah menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan mereka hanyalah rakan sekerja.

image is not available 4 days ago

Komen Fattah Amin Di ‘Posting’ IG Amira Othman Undang Komen Nakal Netizen