Netizen teruja pengantin lelaki hadiahkan kuda di majlis nikah

8 Sep 2025 • 3:48 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

GEORGE TOWN – Seorang pengantin lelaki di Seberang Perai Selatan mencuri perhatian apabila menghadiahkan seekor kuda sebagai hantaran perkahwinan, sekali gus mencetuskan kejutan serta tular di media sosial.

Pengantin lelaki itu, Saiful Akmal, membuat kelainan dengan membawa seekor kuda jantan kacukan Arab bernama Putra Ramadhan atau lebih mesra dipanggil Oppa ke rumah keluarga pasangannya di Bukit Berangan, bersama beberapa hantaran lain.

Haiwan tersebut turut dihias dengan sarung kaki merah dan reben pada badan, menambahkan keunikan majlis tersebut.

Momen bersejarah itu dikongsikan menerusi sebuah video berdurasi 21 saat di Facebook yang segera meraih perhatian netizen.

Kurang sejam dimuat naik, video berkenaan menerima lebih 1,100 tanda suka, 61 komen dan 59 perkongsian.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kagum serta terhibur dengan hadiah luar biasa itu.

“Nasib baik dia tak bawa gajah seekor.

“Tahniah, hantaran rare kuda tu. Jaga elok-elok,” seloroh pengguna – pengguna di Facebook.

Hadiah hantaran unik itu kini menjadi bualan ramai dengan ramai yang menganggap ia sebagai simbol kasih sayang istimewa buat pasangan pengantin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved