Netizen Terus Serang Alice Chang Lepas Nampak Bekerja Di Restoran Makanan Segera Terkemuka

LocalEntertainment
15 Oct 2024 • 11:34 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
alice chang

Alice Chang kembali menjadi topik panas netizen selepas dilihat bekerja di sebuah restoran makanan segera di SS2 Petaling Jaya.

Sebelum ni, Alice telah dipecat dari syarikat Auntie Anne’s disebabkan isu kebersihan dan melanggar protokol keselamatan makanan.

Kali ni, Alice dilihat diterima bekerja di salah satu cawangan restoran makanan segera. Bagaimanapun, ramai yang pertikaikan tindakan premis tersebut tentang standard keselamatan makanan mereka.

Tahu dirinya jadi sasaran kecaman, Alice balas komen di Instagram untuk luahkan rasa kecewa.

Jangan ikut saya sepanjang masa. Saya cuma mahu mencari pekerjaan yang baik dan pendapatan yang stabil. Saya tidak mencuri, membunuh dan membakar.

Saya hanya mencari rezeki yang halal. Tolong jangan buat saya hilang pekerjaan ya. Terima kasih semua, datanglah restoran ini untuk sokong Alice.- Tulis Alice.

image is not available

#OhmediaNasihat

Ohmedia faham kalau korang risau tentang keselamatan makanan bila tengok kisah Alice ni. Penting untuk premis makanan pastikan pekerja ikut protokol kebersihan yang ketat.

Dalam masa yang sama, kita kena ingat, semua orang berhak dapat peluang kedua. So, janganlah cepat menghukum. Sebaliknya, kita doakan yang terbaik supaya Alice boleh berubah dan terus cari rezeki halal.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram