Wanita Cium Doh Tipu Identiti Untuk Cari Kerja Baru Dekat Kedai Aiskrim

Entertainment
14 Oct 2024 • 5:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Wanita yang tular mencium doh roti ketika bekerja di francais Auntie Anne dilihat menjadi tumpuan di media sosial selepas dirinya dipecat oleh restoran berkenaan.

Dalam hantaran Facebook adik kepada Alice Chang, iaitu Adeline Chang, dia mengatakan bahawa kakaknya itu ada mencuba nasib untuk mohon kerja di sekitar KL tetapi dikecewakan.

Difahamkan Alice ada memohon kerja di kedai aiskrim, Cold Stone Creamery Malaysia di Pavilion, KL. Namun, Adeline mendakwa yang kakaknya tidak dibayar upah setelah bekerja separuh hari di cawangan francais terbabit.

“Tak sangka penyelia Alice sanggup menipu gaji separuh harinya, tak patut sungguh. Tidak mengapalah, saya anggap itu sebagai derma untuk syarikat.”

“Berita baiknya, kakak saya bekerja dengan sangat cemerlang hari ini. Seperti yang dapat diperhatikan, dia memakai topi dan teliti menjaga kebersihan.”

image is not available

Di samping itu, syarikat tersebut, Cold Stone Creamery Malaysia ada mengeluarkan kenyataan sejurus sahaja Adeline membuat hantaran itu untuk menyangkalnya.

“Kami ingin menjelaskan bahawa dia ada datang ke cawangan Pavilion KL untuk meminta kerja sambilan. Alice menyembunyikan identiti dirinya ketika membuat permohonan itu. Kami tidak mengambil dia bekerja dan dia juga tidak mempunyai akses kepada makanan.”

image is not available

Disebabkan itu, pihak syarikat tersebut telah membersihkan kedai mereka secara menyeluruh sebagai langkah proaktif.

Tapi difahamkan, baru-baru ini tular lagi satu video yang mendakwa Alice sekarang dah kerja dekat kedai makanan segera terkenal pula.

Sumber : mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.