Netizen tuduh anak Shuib over, menangis ketika persembahan Marsha

EntertainmentOpinion
17 Feb 2025 • 10:05 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Baru sahaja selesai Anugerah Juala Lagu (AJL) ke-39, timbul pula isu netizen tuduh anak Shuib over susulan menitiskan air mata ketika persembahan dari juara acara berprestij itu, Marsha Milan.

Menerusi beberapa hantaran di X, beberapa warganet telah meluahkan perasaan tidak puas hati mereka selepas wajah anak kepada pelawak itu iaitu Thalita yang sedang menangis ditayangkan di kaca televisyen.

Netizen tuduh anak Shuib over kerana nangis ketika persembahan Marsha

image is not available

Dalam satu perkongsian dari akugewemung, individu itu mempersoalkan kepentingan untuk menunjukkan wajah Thalita sedangkan orang ramai mahu menghayati persembahan Marsha sahaja.

“Penting sangat ke kalau anak Shuib sedih sampai kau nak tunjuk muka dia berkali-kali? Aku bukan nak tengok dia sedih, aku nak tengok Marsha. Dia yang penting,” katanya.

image is not available

Malah, seorang pengguna dengan nama afiq_muqri pula menggelar Thalita sebagai seorang yang ‘over’ kerana menangis ketika menonton persembahan Marsha.

“Overlah anak Shuib,” tulisnya ringkas.

Netizen tuduh anak Shuib over

image is not available

Menjengah ke ruangan komen kedua-dua hantaran, ramai warga maya yang bersetuju dengan pendapat individu berkenaan dan berkata sepatutnya wajah Marsha sahaja yang perlu ditayangkan.

Netizen tuduh anak Shuib over, dia nak sedih kenapa?

image is not available

Sepatutnya Marsha yang kena highlight!

image is not available

Menyampah…

image is not available

Bagaimanapun, terdapat juga warganet yang tidak bersetuju Thalita menerima kecaman kerana berpendapat lagu yang dibawakan Marsha itu mengingatkannya kepada arwah ibu, Siti Sarah.

Positif la, dia ingat arwah mak dia

image is not available

Tak ada perasaan ke?

image is not available

Mesti dia terbayang arwah ibu dia

image is not available

Sementara itu, dalam satu hantaran di Instagram Shuib, anaknya itu sempat bertemu dan memeluk Marsha sebelum pulang awal kerana bersekolah pada hari esoknya.

Mereka juga tidak sempat untuk menunggu keputusan akhir AJL 39 namun sempat menitipkan ucapan tahniah menerusi hantaran yang sama.

“Sorry tau Thalita kena balik awal sebab esok sekolah. Sampai rumah baru tahu Auntie (Marsha) menang AJL 39. Tahniah!,” ujar Shuib.

image is not available

Thalita masih muda, mungkin rindu ibunya sebab tu nangis…

Sumber: X akugewemung & afiq_muqri, Instagram Shuib