Netizen Ugut Nak Culik Anak Nabila Huda Kalau Masih ‘Claim’ Budaya Indonesia

20 Nov 2023 • 2:19 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
nabila huda

Tak habis-habis lagi rupanya isu ‘claim’ budaya tradisional ni. Terdahulu, pernah viral di media sosial netizen bertelagah mengenai asal usul nasi lemak, kebaya, kuda kepang dan sebagainya.

Kali ini, pelakon terkenal Nabila Huda pula dituduh sebagai pencuri nombor satu budaya Indonesia. Tak cukup dengan itu, pemilik akaun @Bim_16 turut membuat ugutan mahu menculik anak tunggalnya, Keisha Laila.

image is not available

Hantaran itu kemudian dimuat naik semula Nabila Huda di aplikasi X memohon netizen membalas bagi pihaknya.

image is not available

Selepas petik nama artis Malaysia sebagai pencuri budaya, individu ini didapati menukar setting akaun kepada peribadi. Tak sempat netizen nak bagi sepatah dua kata kan?

Untuk keselamatan diri, netizen menasihati Nabila Huda supaya tampil dengan laporan polis memandangkan individu itu telah membuat ugutan jenayah.

Kredit: X @abilsuhaimi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.