Ugut Nak Culik Anak Jika ‘Curi’ Budaya Indonesia, Nabila Huda Minta Netizen Tolong ‘Settle’ Individu Ini

Entertainment
20 Nov 2023 • 11:14 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dah nama pun serumpun kan? Pastinya ada di antara budaya di Malaysia dikatakan lebih kurang sama dengan budaya yang ada di Indonesia.

Sebagai contoh, dari segi makanan, pakaian seperti baju kebaya dan isu-isu kesenian seperti tarian dan sebagainya yang dikatakan mempunyai sedikit persamaan.

Pun begitu, ada di kalangan netizen tak kiralah dari Malaysia mahupun Indonesia yang mengambil serius akan hal berkenaan sehingga pelakon Nabila Huda menjadi salah seorang dari mangsanya.

“Nabila Huda kaki claim dan pencuri nombor 1 BUDAYA INDONESIA”

Menerusi satu posting yang dikongsikan anak kepada Amy Search itu, ia memaparkan tangkap layar posting X seorang individu yang dipercayai dari negara seberang yang menuduh Nabila sebagai pencuri dan ‘kaki claim’ budaya Indonesia.

Lebih memburukkan keadaan, individu itu juga mengugut mahu menculik anak Nabila jika dia masih lagi ‘claim’ budaya Indonesia tersebut.

Saya akan menculik anak awak jika awak masih claim budaya Indonesia,” tulisnya.

image is not available

Nabila pada masa yang sama meminta netizen untuk ‘membalas’ komen pada posting individu berkenaan.

“Melampaunya!”

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan posting yang dimuat naik individu berkenaan dan menganggap perbuatan itu sangat melampau kerana ia melibatkan ugutan culik.

Malah ada juga yang memaklumkan individu tersebut sudah pun ‘private’ akaun X miliknya, mungkin selepas menerima pelbagai komen kecaman.

image is not available

Sebaiknya janganlah kita bergaduh disebabkan benda remeh temeh macam ni. Macam min ada sebut kat atas, kita kan serumpun. Biasalah kalau ada budaya yang sama tu.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.