Netizen usik, wajah Syed Saddiq & Bella seiras – “Macam ada jodoh tu YB!”

15 Apr 2024 • 9:50 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Baru-baru ini, ahli politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang memberikan kata-kata semangat kepada pelakon Bella Astillah susulan dugaan rumah tangga yang menimpa aktres tersebut telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Syed Saddiq di laman X, dia berharap pelakon yang berusia 30 tahun itu sentiasa diberikan kekuatan dan menemui ketenangan yang dicari kelak.

Bukan itu sahaja, dia turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Bella kerana sudi datang berhari raya di kediamannya.

Syed Saddiq

“Terus kuat Bella, kesabaran akan membawa ketenangan. Terima kasih sudi datang rumah beraya dengan keluarga,” katanya.

Syed Saddiq

image is not available

Muka seiras, jodoh kuat ni!

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengusik wajah Syed Saddiq dan Bella Astillah kelihatan seiras dan cukup sepadan untuk menjadi pasangan.

image is not available image is not available image is not available

Harap dapat makan nasi minyak YB!

Malah, ramai yang berharap dapat merasai nasi minyak Syed Saddiq dan ada juga segelintir wanita yang patah hati apabila melihat perkongsian tersebut.

image is not available image is not available

Terdahulu, aktor Aliff Aziz enggan untuk menceraikan isterinya, Bella Astillah atas sebab masih sayang ketika sebutan kes penceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bella kemudiannya memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan dan menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Sekadar info, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

image is not available

Sumber: X @Syed Saddiq