Network School Diarah Tutup Di Malaysia, Balaji Pindah Ke Kazakhstan

LocalPolitics
22 Jul 2026 • 12:34 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Network School yang diasaskan usahawan teknologi Balaji Srinivasan kini menjadi perhatian selepas operasinya di Malaysia dihentikan. Keputusan itu dibuat susulan pelbagai kontroversi yang tercetus sejak projek tersebut mula beroperasi di Johor.

Isu ini bukan sahaja mencetuskan perdebatan hangat di media sosial, malah turut mengundang tindakan pihak berkuasa.

Tidak lama selepas itu, Balaji mengumumkan bahawa projek berkenaan akan diteruskan di Kazakhstan.

Projek didakwa ada penglibatan rakyat haram jadah Israel

network school

Network School sebelum ini beroperasi di ruang yang disewa di kawasan pembangunan Forest City, Johor. Projek itu diwujudkan dengan matlamat membina sebuah negara berpusatkan teknologi yang berasingan daripada negara sedia ada, berdasarkan ideologi yang sering digambarkan oleh Balaji sebagai Zionisme teknologi.

Kontroversi mula tercetus apabila terdapat laporan mendakwa penyertaan warga Israel dibenarkan dalam program tersebut.

Dakwaan itu dikatakan melanggar undang-undang imigresen Malaysia dan mencetuskan kebimbangan orang ramai terhadap isu kedaulatan negara.

Lesen perniagaan Network School dibatalkan

Image from: Network School Diarah Tutup Di Malaysia, Balaji Pindah Ke Kazakhstan
Kredit Foto: Onn Hafiz Ghazi

Susulan bantahan awam dan pelanggaran syarat, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri membatalkan lesen perniagaan Network School.

Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi turut menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan serta kedaulatan negara.

Balaji kemudian dilaporkan menuntut pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, selain mengugut untuk menarik balik pelaburan teknologi berskala besar sekiranya permintaannya tidak dipenuhi. Tindakan itu bagaimanapun mengundang lebih banyak kecaman daripada rakyat Malaysia.

Berpindah ke Kazakhstan

Image from: Network School Diarah Tutup Di Malaysia, Balaji Pindah Ke Kazakhstan
Kredit Foto: Balaji

Selepas projeknya gagal diteruskan di Malaysia, Balaji mengumumkan Network School akan berpindah ke Kazakhstan. Beliau turut menandatangani memorandum persefahaman bersama kerajaan negara itu bagi membuka kampus baharu.

Kazakhstan dilihat lebih terbuka terhadap visi tersebut apabila negara itu turut merancang membina bandar raya kripto berhampiran Astana. Kerajaan Kazakhstan juga menawarkan pelbagai kemudahan termasuk visa ekspres, proses pemindahan syarikat yang lebih mudah dan bantuan mendapatkan bakat.

Pengumuman itu menerima pelbagai reaksi di media sosial. Ada yang melihatnya sebagai langkah positif untuk pembangunan teknologi, namun ada juga yang mengkritik projek tersebut sebagai satu penipuan atau pemujaan kultus.

Dalam masa sama, ramai rakyat Malaysia menyambut baik tindakan menolak kemasukan entiti yang dianggap cuba mengambil kesempatan terhadap negara.

The post Network School Diarah Tutup Di Malaysia, Balaji Pindah Ke Kazakhstan appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved