“Neutral ke?” – Jawapan Wan Hanafi Su Tentang Israel & Palestin Buat Ramai Terkedu

Entertainment
15 Nov 2023 • 4:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kemelut yang melanda Palestin kini membuka mata ramai orang, pelbagai bentuk bantuan serta tunjuk perasaan diadakan di seantero dunia bagi mengutuk tindakan rejim Israel.

Ini termasuklah selebriti yang menunjukkan sokongan mereka terhadap negara Palestin dengan menyuarakan pendapat melalui media sosial malah ada juga yang menolak job daripada jenama yang menyokong atau berkait dengan Israel.

Pun begitu, seorang pelakon senior tempatan Wan Hanafi Su memberikan pendapat yang berbeza mengenai pergolakan yang kini berlaku di Asia Barat itu.

Dalam sebuah temu ramah yang dibuat oleh sebuah portal, pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu berkata dia enggan memilih di antara Palestin atau Israel kerana jawapannya itu boleh mendatangkan Perang Dunia Ke-3 (WW3).

“Kalau saya jawab ni saya (sambil tunjuk isyarat akan dibunuh) ni saya tak boleh pilih, saya tak boleh pilih.

Boleh saya pilih, jangan sampai WW3,” katanya.

“Tak update dengan isu semasa ke?”

Jawapan pelakon senior itu mengundang kecaman ramai sehinggakan ada yang mengatakan dia seakan tidak cakna dengan isu semasa. Lebih-lebih lagi kerana Wan Hanafi itu seorang Muslim.

image is not available

Hmm, kenapa dia jawab macam tu ek?

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.