“Respect!” – Kanak-Kanak Palestin Berani Adakan Sidang Akhbar, Tuntut Keamanan Negara

8 Nov 2023 • 12:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Isu di Palestin kian mendapat perhatian dunia. Mana taknya, ramai orang dah mula menyuarakan hal sebenar yang terjadi di pelbagai platform terutamanya di media sosial. Malah, ada juga yang lantang bersuara untuk kebebasan Palestin termasuklah golongan kanak-kanak sendiri.

Baru-baru ini, satu video viral di X yang menunjukkan sekumpulan kanak-kanak asal Palestin telah membuat satu sidang akhbar dengan tujuan menuntut keamanan negara itu.

Menurut @Shepherds4Good, video tersebut dirakam di luar Hospital Al-Shifa yang pintu masuknya baru saja dibom oleh tentera Zionis.

Dalam rakaman berdurasi seminit lebih itu, kelihatan seorang budak lelaki bertindak sebagai wakil kanak-kanak sedang menyampaikan keinginannya berkenaan Palestin dalam bahasa Inggeris.

Berdasarkan video itu, budak lelaki tersebut menceritakan keadaan yang dialami penduduk Palestin sejak peristiwa 7 Oktober 2023 itu bermula.

“Sejak 7 Oktober, kami (orang Palestin) menghadapi pemusnahan, pembunuhan dan pengeboman…”

Tambahnya lagi, penduduk Palestin berpindah ke dalam hospital itu untuk mencari tempat perlindungan namun, fasiliti itu turut dibom oleh Israel. Dia juga menjelaskan keadaan mangsa Palestin yang kekurangan sumber air dan makanan.

“Tentera Israel membuat kami kelaparan. Kami tak jumpa air dan makanan. Kami terpaksa minum daripada sumber air yang tak bersih.”

Disebabkan itulah, kanak-kanak ini membuat sidang akhbar bagi menggalakkan masyarakat dunia untuk melindungi mereka.

“Kami mahu hidup, keamanan, makanan dan pendidikan sepertimana kanak-kanak lain hidup.”

Bila melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan keberanian kanak-kanak ini serta simpati ke atas mereka.

image is not available

Semoga masa depan orang-orang Palestin cerah dan bebas daripada kekejaman ini. Amin!

Sumber: X, Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.