New Balance Lancar Pop-Up ‘Run Your Way’ Sempena Pelancaran FuelCell SC Elite v5

31 Jul 2025 • 4:49 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Meraikan semangat setiap pelari, sama ada baru memulakan langkah atau sedang melatih diri untuk maraton seterusnya, New Balance mempersembahkan acara pop-up tahunan ‘Run Your Way’ bersempena pelancaran kasut larian terbaru, FuelCell SuperComp Elite v5.

Bermula dari 7 hingga 17 Ogos 2025, acara ini akan berlangsung di Heritage Valley, Kuala Lumpur, dan terbuka kepada semua pelari tanpa mengira tahap pengalaman. Ia bertujuan menjadi ruang inspirasi, sokongan dan penyatuan komuniti pelari tempatan.

Model Baru FuelCell SC Elite v5

FuelCell SC Elite v5 merupakan model terkini dengan reka bentuk ultra ringan dan kadar pulangan tenaga yang tinggi, dibina khas untuk pelari yang mensasarkan prestasi maraton terbaik mereka. Kasut ini boleh diuji dan dibeli secara eksklusif di pop-up ‘Run Your Way’ serta di butik New Balance seluruh negara bermula 7 Ogos 2025.

image is not available

Setiap pembelian kasut ini juga akan disertakan dengan sepasang Pro Run Socks bernilai RM89 secara percuma*.

Uji Model Larian Lain

Beberapa model lain juga tersedia untuk sesi percubaan sepanjang acara termasuk:

  • Fresh Foam X 1080v14
  • FuelCell SuperComp Pacer v2
  • FuelCell Rebel v5 (Lelaki & Wanita)
  • FuelCell SuperComp Trainer v3

Untuk membantu pelari membuat pilihan tepat, acara ini turut menampilkan teknologi Stride I.D. alat pengimbas kaki pintar yang memberikan cadangan kasut berdasarkan profil unik setiap individu.

Aktiviti Menarik Sepanjang Acara

Pop-up ini bukan sekadar sesi percubaan kasut. Ia turut menyajikan pelbagai aktiviti seperti:

  • “A Better You” Quest
    Cabaran digital yang menjejaki kemajuan peserta menerusi aktiviti-aktiviti tertentu. Kumpul mata dan tebus barangan eksklusif New Balance.
  • Stesen “Letter to Future You”
    Tulis mesej kepada diri sendiri dan terima semula surat tersebut dalam beberapa bulan sebagai peringatan kepada perkembangan diri anda.
  • Sesi “Runners Talk”
    Diskusi panel melibatkan atlet tempatan, pelari komuniti dan wajah inspirasi, membincangkan topik seperti motivasi, cabaran prestasi, dan perjalanan peribadi dalam dunia larian.

image is not available
Screenshot

Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai kemudahan lain seperti:

  • Khidmat sulaman khas untuk pakaian dan aksesori yang dibeli
  • Run Café oleh Laiyan KL, ruang santai untuk pelari bersosial sambil menikmati kopi dan makanan ringan
  • Zon Pemulihan oleh F1 Recreation yang dilengkapi dengan peralatan khas bagi membantu proses pemulihan otot

Acara ‘Run Your Way’ ini memberi peluang kepada semua untuk menemui semula semangat larian, tidak kira sama ada anda ingin mencuba kasut baharu, menyertai komuniti pelari atau memulakan langkah pertama anda.

image is not available
Screenshot

Untuk maklumat lanjut termasuk jadual penuh dan pendaftaran, layari https://www.eventbrite.sg/o/new-balance-malaysia-112124216621

View Original Article