NFCC Sahkan Azam Baki Masih Anggota Lembaga Penasihat Hingga 2027

LocalPolitics
3 Jul 2026 • 12:00 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

NFCC Sahkan Azam Baki Masih Anggota Lembaga Penasihat Hingga 2027

NFCC Sahkan Azam Baki Masih Anggota Lembaga Penasihat Hingga 2027

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) mengesahkan Tan Sri Azam Baki masih kekal sebagai anggota sah Lembaga Penasihat NFCC sehingga 19 September 2027.

Ketua Pengarah NFCC, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, pelantikan Azam yang dibuat pada 20 September 2024 adalah atas kapasiti individu dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Menurut beliau, pelantikan itu tidak terikat dengan jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang pernah disandang Azam sebelum ini.

Katanya, keanggotaan Azam dalam Lembaga Penasihat NFCC kekal berkuat kuasa sepanjang tempoh tiga tahun pelantikan melainkan ditamatkan lebih awal oleh Yang di-Pertuan Agong.

Baca juga:

“Oleh itu, keanggotaan beliau dalam Lembaga Penasihat NFCC tidak terikat kepada jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan kekal berkuat kuasa sehingga tamat tempoh pelantikan melainkan ditamatkan lebih awal oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Sehubungan itu, kehadiran Azam Baki dalam Mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC pada 30 Jun lalu adalah selaras dengan Akta 822 kerana beliau merupakan anggota yang sah,” katanya.

Terdahulu, kehadiran Azam dalam mesyuarat lembaga tersebut pada 30 Jun lalu menjadi perhatian selepas timbul persoalan berhubung statusnya susulan beliau tidak lagi menerajui SPRM.

Azam menamatkan khidmat sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 12 Mei lalu selepas enam tahun mengetuai agensi antirasuah itu sebelum digantikan Datuk Seri Abdul Halim Aman.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved