
Kota Kinabalu: Samuel Ng, Emmanuel Loh dan Chu Xin Ying merangkul kejuaraan keseluruhan pada Kejohanan Renang Kumpulan Umur Jemputan Sabah ke-57 yang berlangsung di Pusat Akuatik Kompleks Sukan Kota Kinabalu dari 10 hingga 12 Januari.
Ng dari Kelab Renang PJMS dan Loh Kelab Renang Sea Dragon (SD) adalah pemenang bersama dalam kategori lelaki selepas masing-masing memenangi empat emas dan dua perak serta mencipta dua rekod negeri dalam kumpulan umur masing-masing (Loh dalam kumpulan 1 manakala Ng dalam kumpulan terbuka).
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Chu (SD) pula merupakan pemenang dalam kumpulan terbuka perempuan selepas memenangi enam emas dan mencipta tiga rekod negeri selain menyamai tiga rekod lain.
Pemenang kumpulan lain ialah Lee Siao Lim (Kelab Renang SSA) - kumpulan 5 lelaki (3 emas, 2 perak); Chloe Lee Xuan (SD) - kumpulan 5 perempuan (3 emas, 2 perak); Skye Teo Ye Xiang (KL Aquatics) - kumpulan 4 lelaki (7 emas, 1 perak); Hanna Marissa Dax Citoy (PAL) - kumpulan 4 perempuan; Jeff Lo Wei Zhe (PJMS) - kumpulan 3 lelaki (6 emas, 2 perak).
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Turut berada dalam senarai pemenang ialah Dayang Sari Abdullah (PPSC) - 4 emas, 1 perak & 1 rekod negeri; Alden Wilbern Liew Joon (PPSC) - kumpulan 2 lelaki (7 emas, 1 perak, 1 rekod negeri); Serene Chin Shi Wen (PJMS) -kumpulan 2 perempuan (10 emas); Laura Lee Yen Nie (PPSC) - kumpulan 1 perempuan (11 emas,1 gangsa).
Seramai 390 peserta daripada ahli gabungan Sasa dan juga gabungan negeri Persekutuan Renang Malaysia telah mengambil bahagian dalam pertandingan tahunan anjuran Persatuan Sukan Akuatik Sabah (Sasa) itu.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Presidennya Daniel Lee berkata terdapat dua kategori individu tambahan dalam acara tahun ini iaitu 800 meter gaya bebas lelaki dan 1500 meter gaya bebas perempuan serta 4x50 meter gaya bebas campuran.
Beliau gembira dengan kejayaan kejohanan kelayakan untuk Kejohanan Kumpulan Umur Jemputan Malaysia tahun ini yang dijadualkan diadakan pada Februari, dimana 19 rekod individu dan 10 rekod berganti-ganti diperbaharui.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan, perenang dan jurulatih yang mengambil bahagian atas dedikasi dan kerja keras mereka.
Beliau turut menyeru semua pihak agar tidak berpuas hati dan terus bekerja keras.
“Terdapat banyak kerja yang perlu dilakukan secara menyeluruh. Tumpuan yang banyak diperlukan bukan sahaja kepada perenang elit kita, tetapi juga perenang akar umbi daripada kumpulan umur yang lebih muda.
“Kita perlu mula membina atlet akar umbi sebagai persediaan menghadapi kejohanan seperti Sukma, empat hingga enam tahun lagi.
“Persatuan komited dan akan mencari jalan untuk membina asas perenang ini,” katanya.
Beliau juga berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Sabah dan Lembaga Sukan Sabah atas sokongan berterusan mereka.
