
Baru-baru, kecoh dakwaan majlis makan malam Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) menyediakan minuman beralkohol.
Namun, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King menjelaskan majlis itu dianjurkan sepenuhnya oleh pihak swasta.
Terbaru, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming menegaskan supaya semua pihak tidak membesarkan isu itu.
Memetik laporan Harian Metro, beliau berkata majlis itu bukan acara rasmi kerajaan semata-mata tetapi dianjurkan bersama sektor swasta bagi meraikan tetamu antarabangsa serta pemain industri pelancongan global.
Minuman untuk rai pelancong asing

Tambahnya, program seperti ini merupakan acara komersial bertaraf antarabangsa bagi menyambut rakan industri dari seluruh dunia.
Semua pihak perlu memahami kita sedang bersiap menerima pelancong dari pelbagai negara dan sekiranya diperbesarkan akan merugikan negara.
Nga menjelaskan bahawa penganjur tetap menghormati sensitiviti umat Islam dan tidak memaksa mana-mana individu Islam untuk mengambil minuman keras.
Minuman keras itu disediakan khusus untuk pelancong asing.
Katanya lagi, masyarakat bukan Islam juga perlu diberi kebebasan dan ruang dalam suasana majlis seperti itu.
Slogan ‘Malaysia Truly Asia’ bukan sekadar kata-kata, ia mencerminkan nilai perpaduan dalam kepelbagaian budaya dan kepercayaan. Tindakan seperti ini hanya akan menjejaskan imej dan merugikan negara.
Pssttt! Dalam usaha menarik pelancong menjelang VM2026, semangat perpaduan dan saling menghormati perlu jadi keutamaan. Dalam isu menghidangkan minuman alkohol ni, pasti masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza kan. Korang pula macam mana?
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.
