“Ngeri weihh” – [VIDEO] Netizen Geli Tengok Ratusan Ulat Sampah Membiak Dalam Kereta

Entertainment
18 Oct 2022 • 5:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kebersihan kenderaan sangat penting untuk mewujudkan suasana yang selesa semasa memandu. Kalau kenderaan kita kotor, mesti pemanduan kita terganggu dan berasa tidak selesa. Lagi-lagi kalau kotor sampai ada ulat..

Baru-baru ini telah tular di laman sosial Tiktok, seorang pencuci kenderaan terkejut apabila menemukan ratusan ulat sampah yang sedang membiak di bawah alas kaki sebuah kereta yang datang ke tempatnya untuk dicuci.

Melalui video tersebut, kita boleh nampak yang keadaan kereta tersebut telah dibuka sepenuhnya untuk membolehkan pencucian secara terperinci dilakukan. Ratusan ulat sampah dapat dilihat seolah-olah mereka telah membina satu perkampungan di dalam kereta tersebut.

Oleh itu, pemilik mengadu dia terhidu bau yang sangat busuk sehingga dia terpaksa membawa kenderaannya untuk dicuci. Kereta berbau busuk dan hanyir ini dipercayai berpunca dari telur ayam yang telah pecah dan tidak dibersihkan dengan betul.

“Pemilik kenderaan hanya membersihkan bahagian atas tempat duduk sahaja tanpa membuka alas bahagian bawah setelah telur busuk pecah di dalam keretanya,” kata pencuci itu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa geli dan jijik dengan ulat sampah yang banyak itu.

image is not available

Ada juga yang mengambil peluang ini untuk berpesan kepada satu sama lain agar menjaga kebersihan kenderaan masing-masing.

image is not available

image is not available

Jadi kita kena selalu beringat kalau suka makan di dalam kereta lagi-lagi bila drivethru tu, rajin-rajin lah bersihkan kereta korang supaya tak jadi macam ni..

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.