NGO tuntut jawatankuasa reformasi Akta Perhimpunan Aman

LocalPolitics
11 Aug 2026 • 1:06 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: NGO tuntut jawatankuasa reformasi Akta Perhimpunan Aman

PUTRAJAYA – Aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menuntut kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa libat urus bagi melaksanakan reformasi Akta Perhimpunan Aman 2012.

Penyelaras Sekretariat Himpun, Wong Ku Kui berkata, jawatankuasa itu perlu melibatkan semua pemegang taruh berkaitan termasuk pertubuhan masyarakat sivil, gerakan mahasiswa, golongan muda dan agensi hak asasi manusia.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan proses pindaan akta dilaksanakan secara inklusif, termasuk dengan berkongsi draf pindaan lebih awal serta menyediakan tempoh maklum balas yang munasabah.

“Kita telah menyerahkan memorandum di Parlimen tahun lalu berhubung reformasi Akta Perhimpunan Aman dan mengadakan mesyuarat bersama Menteri Dalam Negeri pada September tahun lalu.

“Namun, sehingga hari ini jelas menunjukkan tidak ada usaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk melaksanakan pindaan,” katanya di penyerahan memorandum berhubung reformasi Akta Perhimpunan Aman 2012 di sini, hari ini.

Menurut Ku Kui, keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 tidak berperlembagaan menguatkan keperluan kerajaan segera meminda akta berkenaan.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan turut digesa menandatangani dan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR) bagi menunjukkan komitmen menegakkan hak asasi manusia termasuk kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman.

“ICCPR mewajibkan kerajaan untuk memastikan bahawa hak-hak ini dihormati dan dilindungi, sekali gus memperkukuh kedaulatan undang-undang dan kedudukan negara di peringkat antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan perlu menerapkan 10 prinsip garis panduan yang dibangunkan oleh dua pemegang mandat prosedur khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memastikan perlindungan serta memudahkan pelaksanaan hak berhimpun secara aman. – KOSMO! ONLINE

The post NGO tuntut jawatankuasa reformasi Akta Perhimpunan Aman appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved