“Ni muslim dari China, kedai pun halal” – Individu Dikecam Tularkan Pekerja Pakai Kopiah Berseluar Pendek

Entertainment
14 Dec 2023 • 4:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas isu pekerja dari kedai makan Cina muslim tular berikutan dengan pekerjanya memakai rantai salib, viral pula satu video yang memperlihatkan pekerja memakai kopiah tapi berseluar pendek.

Individu yang memviralkan video tersebut telah mempertikaikan kredibiliti kedai itu dan memberikan sindiran dengan mengatakan seolah-olah satus kedai Cina Muslim tersebut adalah halal kerana pekerja memakai kopiah, tetapi dalam diam tidak patuh syariah.

Video tersebut mendapat perhatian netizen dan tular di platform X, yang mana tindakan pemilik video viralkan kedai tersebut telah dikecam hebat oleh netizen kerana dikatakan dengan mudah menjatuhkan hukum tanpa usul periksa.

Biarpun ada yang sentuh bab kebersihan dan ada yang sokong dengan tindakan pemilik video, ramai yang bandingkan dengan kedai Melayu halal lain yang juga tidak menjaga kebersihan.

image is not available

image is not available image is not available image is not available

Hurm, asalkan makanan yang disediakan itu halal, bersih dan ada pengesahan JAKIM, Insya-Allah tiada apa yang mencurigakan.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.