Pakai Songkok Tapi Berseluar Pendek, Pekerja Restoran Cina Muslim Sekali Lagi Diserang Warganet

13 Dec 2023 • 9:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Jika sebelum ini tular tentang seorang pekerja Restoran Cina Muslim dipecat kerana memakai salib, kali ini netizen sekali lagi menyerang kedai tersebut kerana stafnya yang memakai songkok tetapi berseluar pendek.

Disebabkan penularan video berkenaan, seorang pengguna di Platform X meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir pihak yang taksub mencari kesalahan orang lain.  

“Aku tak faham orang yang suka memviralkan ni. Ini muslim dari China, kedai pun halal, tak pasal-pasal macam kes mamat kena pecat hanya kerana pakai lambang salib. Korang memang tak ada kerja lain ke nak buat,” tulisnya.  
 


















image is not available