Niat kembang bisnes akhirnya terperdaya ‘scammer’

LocalBusiness & Finance
1 Oct 2026 • 5:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Niat kembang bisnes akhirnya terperdaya ‘scammer’

GEORGE TOWN – Dewan Usahawan Progresif Malaysia (MPE) komited membendung sindiket penipuan perniagaan dalam talian yang menyasarkan golongan usahawan tempatan, sehingga mangsa berdepan kerugian ratusan ribu ringgit.

Presidennya, William Khoo berkata, inisiatif itu dilaksanakan menerusi jaringan strategik MPE dengan rangkaian usahawan di beberapa negara termasuk Indonesia, Hong Kong, Singapura, China dan Georgia.

Menurutnya, jaringan berkenaan membolehkan pihaknya membantu ahli membuat semakan awal terhadap bakal rakan niaga, pembekal atau syarikat sebelum sebarang urusan perniagaan dimeterai.

“Langkah itu penting bagi mengurangkan risiko usahawan menjadi mangsa penipuan, khususnya ketika menjalankan urusan pembelian atau jualan secara dalam talian dengan pihak yang tidak dikenali.

“Contohnya, kalau ahli MPE berdaftar mahu membeli barangan dari China, kita boleh bantu mendapatkan maklumat dan menapis pembekal berkenaan melalui jaringan kita di sana.

“Begitu juga jika ada pihak dari luar negara datang mencari usahawan di Malaysia,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian MPE di sini, hari ini. MPE kini mempunyai seramai lebih 120 keahlian sejak ditubuhkan pada Mac tahun ini.

Jelas beliau, setakat ini pihak MPE menerima sekurang-kurangnya dua laporan berkaitan penipuan urus niaga membabitkan ahli, dengan jumlah kerugian mencecah ratusan ribu ringgit.

Katanya, jumlah sebenar kes berkemungkinan lebih tinggi kerana terdapat mangsa yang enggan tampil atau berasa malu selepas mengalami kerugian.

Selain membantu mengurangkan risiko penipuan, jaringan itu turut memberi peluang kepada ahli mendapatkan rakan niaga yang benar-benar berminat terhadap produk mereka tanpa perlu mengeluarkan kos besar untuk menjalankan promosi di luar negara. – KOSMO! ONLINE

The post Niat kembang bisnes akhirnya terperdaya ‘scammer’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved