MPE pergiat usaha bantu usahawan tangani kes penipuan dalam talian

LocalBusiness & Finance
1 Oct 2026 • 7:08 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: MPE pergiat usaha bantu usahawan tangani kes penipuan dalam talian

GEORGE TOWN : Dewan Usahawan Progresif Malaysia (MPE) kini sedang mempergiatkan usaha untuk membantu para usahawan termasuk bagi menangani kes-kes penipuan secara dalam talian yang semakin berleluasa ketika ini.

Presidennya, William Khoo berkata, antara langkah yang diambil ialah dengan membentuk satu jaringan kerjasama strategik bersama beberapa pertubuhan atau persatuan usahawan dari negara-negara lain.

“Setakat ini, beberapa negara termasuk Indonesia, Singapura, China, Hong Kong dan Georgia sudah pun menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan MPE dalam menangani isu ini.

“Ini satu perkembangan yang baik kerana ia secara tidak langsung dapat melindungi para usahawan daripada menjadi mangsa penipuan semasa berurus niaga secara dalam talian khususnya bersama orang yang tidak dikenali dari luar negara,” katanya.

Beliau ditemui semasa Majlis Perasmian MPE yang diadakan bersama kempen bagi mempromosikan Foodtech & International Trade Expo sempena ASEAN+3 Young Entrepreneur Summit 2027. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Pulau Pinang, Goh Choon Aik.

Mengulas lanjut, Khoo berkata, MPE kini mempunyai sekurang-kurangnya 120 ahli berdaftar sejak ditubuhkan pada Mac lalu.

Justeru, beliau berkata, pihaknya terbuka jika ada mana-mana usahawan yang berminat untuk bersama-sama MPE dalam memperkukuhkan organisasi tersebut termasuk sehingga ke peringkat antarabangsa.

Sementara itu, Khoo memaklumkan, fokus utama MPE ketika ini ialah untuk membangunkan usahawan-usahawan muda terutamanya menerusi penganjuran program seperti ASEAN+3 Young Entrepreneur Summit di Pulau Pinang, tahun depan.

Pada masa yang sama, beliau berkata, MPE juga komited untuk terus memperluas jaringan kerjasama mereka ke seluruh negara ASEAN termasuk Filipina dan Brunei dalam masa yang terdekat.-UTUSAN

The post MPE pergiat usaha bantu usahawan tangani kes penipuan dalam talian appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved