Niat Mahu Beli Beer Untuk Hari Perkahwinan, Malah Kena Kencing Dengan Scammer Di Sabah

4 May 2023 • 2:16 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Banyak cara ‘scammer’ untuk menipu orang sekarang termasuk menjual barangan

Niat Mahu Beli Beer Untuk Hari Perkahwinan, Malah Kena Kencing Dengan Scammer Di Sabah. Seorang individu memuat naik satu hantaran mengenai membeli minuman beralkohol atau dikenali sebagai ‘beer’ untuk hari istimewanya, malah telah ditipu oleh ‘scammer’.

Menerusi perkongsian di laman Facebook itu, individu tersebut menyatakan bahawa dia membeli minuman alkohol di ‘marketplace’, yang merupakan platform untuk berjual beli di Facebook.

image is not available
Sumber: Facebook

Cakap manis, malah bagi IC untuk meyakinkan pelanggan

“Cakap manis takut stok tidak cukup masa kaamatan disuruh bayar full payment baru proceed hantar beer sampai depan rumah,” ujarnya dengan rasa kesal.

“Siap bagi gambar identity card (IC) lagi meyakinkan pembeli. Tunggu punya tunggu akhirnya whatsapp kena blok oleh scammer tersebut.

image is not available
Sumber: Facebook

Difahamkan, scammer guna nama bank akaun orang lain

Dipercayai nama ‘scammer’ penjual minuman alkohol itu ialah Laura Motsinging. Bukan itu sahaja, nombor akaun bank yang diberikannya adalah atas nama orang lain iaitu Sinin Bin Buang.

image is not available
Sumber: Facebook

Bagaimanapun, individu berkenaan menunjukkan bukti chat dan gambar ‘scammer’ wanita yang menipunya itu untuk mendapatkan maklumat dari orang awam bagi memudahkan siasatan pihak polis.

“Bukti chat dan gambar ada dibawah. Sesiapa yang ada maklumat tentang scammer ini boleh beri keterangan untuk bantu siasatan polis,” katanya lagi.

Baca juga kisah yang berkaitan dengan alkohol: