Niat potong rumput, anak temui ibu mati tertangkup dalam longkang

2 Nov 2026 • 2:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Niat potong rumput, anak temui ibu mati tertangkup dalam longkang

REMBAU – Hasrat seorang lelaki untuk melakukan kerja-kerja memotong rumput di rumah ibunya bertukar tragedi apabila menemukan ibunya yang berusia 87 tahun tidak bernyawa di dalam longkang, pagi tadi.

Mayat wanita warga emas itu ditemukan dalam keadaan tertangkup di dalam longkang di luar rumah mereka di sebuah perkampungan di Chengkau di sini, kira-kira pukul 9.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Ngiam Ooi Ming berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada anak mangsa yang berusia 66 tahun.

“Pemeriksaan awal pihak polis di lokasi kejadian mendapati mangsa merupakan wanita warga emas. Hasil pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan. – KOSMO! ONLINE

The post Niat potong rumput, anak temui ibu mati tertangkup dalam longkang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved