Niat Uturn Haram Terbantut, Kereta Tersekat Pula Atas Pembahagi Jalan Di Sibu

12 Jan 2024 • 2:07 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Nang deras palak pemandu di Sibu

Niat Uturn Haram Terbantut, Kereta Tersekat Pula Atas Pembahagi Jalan Di Sibu. Menerusi sebuah hantaran yang tular di Facebook, sebuah kenderaan berwarna putih yang dipercayai cuba untuk membuat pusing U secara haram telah tersekat di atas pembahagi jalan.

Dalam video berdurasi 18 saat tersebut, kereta putih tersebut yang tersekat di atas pembahagi jalan raya dilihat terkial-kial untuk turun ke atas jalan raya apabila tayar bahagian hadapannya tidak mencengkam jalan.

image is not available
Niat Uturn Haram Terbantut, Kereta Tersekat Pula Atas Pembahagi Jalan Di Sibu. Sumber: FB Sibu Go

Hal tersebut menyebabkan kenderaan terbabit tidak dapat menyusur ke laluan utama, menyebabkan kenderaan yang lalu lalang terpaksa memandu dengan berhati-hati dan cuba untuk mengelak daripada terkena kereta putih tersebut.

https://www.facebook.com/sibugo/videos/365098099472533/

Jalan Lam Kai Che dan Jalan Dr. Wong Shun Kai di Sibu ditutup sementara

Kejadian yang berlaku di Bandaraya Sibu itu telah menarik perhatian orang ramai kerana ianya bukan sahaja perbuatan yang jarang dibuat orang tetapi juga menyalahi undang-undang dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Menurut kapsyen dalam hantaran yang sama, Jalan Lam Kai Che dan Jalan Dr. Wong Shun Kai di Sibu juga telah dilaporkan tutup untuk tujuan pembaikan lampu isyarat jalan. Jalan-jalan ini ditutup hari ini (12 Januari 2024) pada pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari, 2 petang hingga 4 petang, dan 7 malam hingga 6 pagi keesokan harinya.

Video tersebut telah mendapat lebih 1,000 perkongsian di Facebook dan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ada juga yang berseloroh bahawa sudah tiba masa untuk pemandu kereta putih tersebut membeli ‘hailak’ atau kereta pacuan empat roda.

Kalau ada kat Sibu, boleh cuba tempat makan ini:

https://www.iloveborneo.my/menyediakan-juadah-masakan-sarawak-anda-perlu-cuba-restoran-nasi-ulam-di-sibu-ini/

https://www.iloveborneo.my/landmark-bandar-sibu-kenali-2-tokong-cina/