Nicol David Beri Kata-Kata Motivasi Buat Dhabitah Sabri - "Bayangkan Kamu Antara 12 Terbaik Dunia, Bangganya Kami Rakyat Malaysia"

10 Aug 2024 • 8:30 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Jaguh squash dunia, Datuk Nicol David tampil menitipkan kata-kata semangat buat penerjun profesional negara, Dhabitah Sabri yang menamatkan pusingan akhir di Olimpik Paris 2024 semalam.

Tulis Nicol menerusi akaun media sosialnya, beliau menumpang bangga dengan kejayaan yang telah dicapai oleh Dhabitah hingga ke peringkat ini.

Apatah lagi hanya diberikan masa persiapan selama dua minggu sebelum bertanding.

"Betapa indahnya melihat senyuman itu di wajahmu, Nur Dhabitah Sabri, ketika kamu bertanding sepanjang acara 3 hari. Begitu banyak kegembiraan di sebalik tekanan hebat di Olimpik, dan diberikan peluang wildcard sebulan sebelum datang ke sini adalah bukti kekuatan mental dan fizikal yang kamu miliki untuk menghadapi semuanya.

"Jika ada mana-mana atlet yang diminta untuk bertanding pada saat akhir dengan hanya sebulan untuk bersedia ke Olimpik, ia pasti menjadi satu cabaran besar bagi ramai orang. 

"Namun, kamu menghadapi cabaran ini dan menjalani latihan penuh hanya dalam masa 2 minggu, dan kamu masih berjaya ke final dalam pertandingan yang paling sengit!" tulisnya.
 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Nicol David (@nicoldsquash)