Nik Abduh tarik balik keputusan 'berpuasa' politik

Politics
8 Aug 2023 • 1:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Nik Mohamad Abduh menyatakan keputusannya menerusi kenyataan dimuat naik di Facebooknya.

KOTA BHARU - Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh menarik balik keputusannya untuk 'berpuasa' daripada arena politik negara.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di Facebooknya pada Selasa.

"Saya berbuka puasa.

Payah puasa politik rupanya.

Kelat mulut," ujarnya.

Rata-rata komen yang ditinggalkan oleh pengikutnya meminta Nik Abduh kembali meneruskan perjuangan politik bagi menyambung legasi arwah bapanya, Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sinar Harian pada 31 Julai melaporkan, Nik Abduh mengesahkan 'berpuasa' dan berehat daripada politik tanah air untuk satu tempoh.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook miliknya sebentar tadi.

"Saya berpuasa dan berehat daripada politik tanah air untuk satu tempoh.

Ia tempoh paling sukar untuk saya dan bonda.

"Semoga Pas bertambah gagah dengan kepimpinan terbaik untuk memacu masa depan negara," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved