Nikita Willy Selamat Lahirkan Cahaya Mata Kedua, Guna Kaedah Dalam Air

LocalEntertainment
17 Dec 2024 • 4:01 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pelakon jelita Indonesia, Nikita Willy selamat lahirkan cahaya mata kedua di Amerika Syarikat, pada Ahad lalu.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Nikita Purnama Willy, 30, menerusi Instagram rasminya yang kelihatan teruja menyambut kelahiran bayi lelaki yang diberi nama Nael Idrissa Djokosoetono.

Nikita Willy selamat lahirkan cahaya mata kedua

image is not available

“15 Disember 2024, Nael Idrissa Djokosoetono selamat dilahirkan, dibuat dalam kehangatan dikelilingi oleh individu tersayang,” tulisnya di kapsyen Instagram hari ini.

Dalam perkongsian tersebut, Nikita dipercayai melahirkan Nael di kediaman mereka menggunakan teknik bersalin dalam air.

Pelakon itu turut berkongsi foto saat dia melahirkan di dalam sebuah tab mandi.

image is not available

Pada Jun lalu, Nikita memaklumkan dia sedang hamil anak kedua dan memberitahu usia kandungan sudah memasuki tiga bulan.

Terdahulu, Nikita pernah mengalami keguguran ketika usia kandungan memasuki tujuh minggu dan ia berlaku pada Januari lalu.

Untuk rekod, Nikita berkahwin dengan Indra Priawan pada 16 Oktober 2020.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Issa Xander Djokosoetono, 2, yang dilahirkan di Hospital Cedars-Sinai Medical Center, Los Angeles.

Sumber: Instagram @nikitawillyofficial94

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved