Nikmati Makanan Enak Gabungan Barat Dan Selera Tempatan Di The Primitive Cafe, Kuching

28 Dec 2022 • 7:57 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Foodies di luar sana, anda perlu singgah ke Primitive Cafe ini!

Nikmati Makanan Enak Gabungan Barat Dan Selera Tempatan Di The Primitive Cafe, Kuching. Menyajikan makanan gabungan selera tempatan dan juga Barat, Primitive Cafe manjanjikan para pelanggannya pengalaman makan makanan enak dan yang paling penting Halal di Kuching.

image is not available
Nikmati Makanan Enak Gabungan Barat Dan Selera Tempatan Di The Primitive Cafe, Kuching. Kredit gambar: Syarifah Nur Hasmira

image is not available
Kredit gambar: @theprimitivecafe  

image is not available
Kredit gambar: @theprimitivecafe  

Pelbagai menu menarik yang anda boleh cuba di sini antaranya adalah Lamb Shoulder, American Favorite Burger, Double Trouble Burger, Pasta Smoked Duck, Kung Pao Chicken Fried Rice, dan banyak lagi.

Bukan sekadar menyediakan makanan yang menyelerakan dengan portion yang banyak, Primitive cafe juga merupakan port sesuai untuk mereka yang suka bergambar kerana reka dalaman cafe ini yang menarik. Makanan di sini juga memang Insta worthy!

image is not available
Kredit gambar: @theprimitivecafe  

image is not available
Kredit gambar: Syarifah Nur Hasmira

image is not available
Kredit gambar: Syarifah Nur Hasmira

Nikmati makanan yang sedap bersama keluarga mahupun rakan-rakan

Primitive Cafe juga sesuai untuk dijadikan tempat anda meluangkan masa sambil menikmati makanan yang enak bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Jika anda tak tahu di mana nak sambut atau meraikan hari kelahiran orang yang tersayang pula, anda juga boleh membuat tempahan tempat di cafe ini!

Bagi penggemar shisha pula, korang boleh santai-santai menikmati suasana selesa sambil shisha. Pelbagai flavor shisha yang menarik menanti anda seperti Double Apple, Sarsi, Grape with Mint dan banyak lagi!

Pada hari Sabtu dan Ahad, Primitive Cafe menawarkan BBQ Special, anda boleh pilih antara Lamb or Chicken. Tunggu apa lagi jom singgah ke Primitive Cafe untuk menikmati makanan enak di dalam suasana restoran yang santai!

Lokasi: No.7, The Primitive Cafe, Wayang Street 93000, Kuching.

Waktu beroperasi: 3 petang hingga 11 malam (tutup pada hari Selasa)

Lagi di sini tempat makan menarik di Kuching: