Yalla Yalla Arabic Cuisine, Restoran Makanan Autentik Arab Di Kuching

5 Mar 2024 • 11:36 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Makanan Arab paling sedap di Kuching!

Yalla Yalla Arabic Cuisine, Restoran Makanan Autentik Arab Di Kuching. Di Kuching memang agak sukar untuk mencari masakan Arab dijamin sedap dan authentic, namun kali ini kami ingin memperkenalkan dengan anda sebuah restoran iaitu Yalla Yalla Arabic Cuisine.

image is not available
Yalla Yalla Arabic Cuisine, Port Makanan Arab Authentic Di Kuching Yang Anda Mesti Cuba Kredit gambar:@yallayallakch  

Menyediakan menu seperti Nasi Mandy Ayam, Nasi Mandy Kambing

Di sini, anda bukan sahaja boleh merasai makanan yang unik berasal daripada negara luar, malah anda juga pasti akan jatuh cinta dengan keenakan makanan di sini.

Menyediakan menu seperti Nasi Mandy Ayam, Nasi Mandy Kambing, Shawarma, Hummus, Falafel dan banyak lagi, anda pasti akan rambang mata tak tahu nak makan apa nanti!

image is not available
Kredit gambar:@yallayallakch  

image is not available
Kredit gambar:@yallayallakch  

Kambing yang lembut dan juicy

Kalau anda tak pernah lagi makan di sini, antara makanan yang kami amat sarankan buat anda adalah nasi mandi kambing dan shawarma ayam mereka. Kambing yang digandingkan dengan nasi mandy ini memang lembut, juicy dan tidak pernah mengecewakan.

Shawarma ayam yang merupakan makanan fast food popular Arab di sini juga anda mesti cuba! Ayam yang digunakan dipanggang menggunakan rempah unik, kemudiannya diletakkan di dalam roti Arab dan ditambah french fries, sayur-sayuran fresh, sos cili dan sos garlic mereka yang memang sedap.

Jadi tunggu apa lagi, jom kita cuba makanan di Yalla Yalla Arabic Cuisine! Memang berbaloi!

Lokasi: Ground Floor, Lot 4912, Jln Uplands, 93200 Kuching.

Waktu Operasi: Selasa-Sabtu, 10 pagi hingga 9 malam

Lagi port makan menarik di Kuching yang anda perlu cuba di sini:

https://www.iloveborneo.my/jom-cuba-4-port-briyani-lamb-shank-paling-padu-di-kuching