Port Makan Enak Di Bau, Nikmati Masakan Melayu Authentic Menyelerakan Di Siti Cafe And Catering

25 Dec 2022 • 2:46 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kalau anda singgah ke Bau, anda perlu cuba makanan di Siti Cafe and Catering ini!

Port Makan Enak Di Bau, Nikmati Masakan Melayu Authentic Menyelerakan Di Siti Cafe And Catering. Kalau anda singgah ke Bau dan tak tahu nak makan di mana, anda perlu baca artikel ini sehingga habis! Untuk artikel kali ini, kami ingin membawa anda untuk menerokai makanan lokal Melayu di Bau, Sarawak.

Dibawa oleh pihak Tourism Malaysia Sarawak, kami berpeluang untuk menerokai port makan yang best di Bau iaitu Siti Cafe and Catering yang terletak di Pekan Bau.

image is not available
Port Makan Enak Di Bau, Nikmati Masakan Melayu Authentic Menyelerakan Di Siti Cafe And Catering

image is not available

Makanan authentic Melayu Sarawak yang dijamin Halal

Jika anda ingin menikmati makanan authentic Melayu Sarawak yang dijamin Halal di Bau, Siti Cafe and Catering ini adalah pilihan yang terbaik buat anda. Di sini, mereka menyediakan pelbagai jenis lauk masakan Melayu buat makan tengah hari untuk anda.

Antara menu masakan Melayu Sarawak yang sempat kami nikmati di sini adalah, Umbut Kelapa Masak Lemak, Ayam Masak Hitam, Ikan Terubok Masin, Ulam-Ulam serta Sambal Belacan Ngesit Resipi Original Sarawak, Udang Masak Merah dan Telur Dadar.

Selain daripada menu lauk yang kami cuba, ada banyak lagi pilihan lauk lain menanti anda di sini. Menu lain seperti Nasi Goreng Ikan Masin, Nasi Ayam Penyet, Nasi Aruk Siti Cafe, Mee Jawa, Laksa Sarawak, Mee Kolok juga ada disediakan di Siti Cafe and Catering ini!

image is not available

Perbezaan masakan masyarakat Melayu di Sarawak

Untuk pengetahuan anda, terdapat perbezaan antara masakan masyarakat Melayu di Sarawak dengan masyarakat Melayu di Sabah dan Semenanjung. Sebagai contoh masakan Melayu Sarawak biasanya ada sedikit manis dan kurang pedas berbanding masakan Melayu yang lain.

Beroperasi dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang, anda boleh singgah ke Siti Cafe and Caetering di Bau ini untuk menikmati makanan authentic Melayu Sarawak.

Lokasi: Pekan Bau, 94000 Bau, Sarawak.

Lagi port makan menarik yang anda boleh cuba di sini: