Nikmati selera peranakan hujung minggu di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur

15 Oct 2026 • 5:51 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Nikmati selera peranakan hujung minggu di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Hujung minggu selalunya warga kota mencari peluang untuk makan bersama keluarga, rakan atau orang tersayang di pelbagai destinasi makan-makan sama ada viral atau yang popular tidak kira di kafe, restoran atau di hotel.

Namun, jika ada yang merindukan masakan ibu di kampung khususnya berkaitan dengan selera peranakan Baba dan Nyonya selain mahu bersantai menikmati makan tengahari berkonsepkan bufet dalam suasana hotel terkenal, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur boleh dijadikan pilihan terbaik.

Sepanjang bulan Oktober hingga 30 November ini, orang ramai boleh menikmati pelbagai makanan berkonsepkan peranakan yang menyelerakan pada harga bermula RM118 untuk dewasa manakala RM59 untuk kanak-kanak.

Bagi pembuka selera, tetamu boleh menikmati otak-otak yang dibakar di dapur khasnya yang mana inti otak-otak itu begitu padat dan menawarkan rasa istimewa lain daripada yang lain.

Menu tersebut bersesuaian dinikmati bersama satay ayam atau daging untuk dimakan  bersama nasi impit serta kuah kacang yang pekat dan penuh dengan citarasa seperti masakan di rumah.

Menu satay ini adalah antara kegemaran tetamu Restoran Makan Kitchen di hotel tersebut.

Selain itu, menu Peranakan ini juga bersesuaian dijadikan hidangan lengkap bersama nasi kerana ia turut menghidangkan udang masak lemak nenas, ikan jenahak asam pedas, ayam kapitan, telur goreng cencaluk dan udang, selain paha  kambing percik bakar ketuhar  dan Ikan Kakap dibakar menggunakan daun pisang.

Menu lain pula adalah Bakwan Kepiting, Itik Tim dan Laksa makanan laut yang menyelerakan serta untuk pemanis mulut boleh nikmati kuih Nyonya dan Nyonya Chang.

Pilihan bukan sahaja kepada menu peranakan, Makan Kitchen turut menyajikan bufet beberapa segmen makanan lain termasuk Barat, Cina dan juga India bagi memenuhi kehendak pelanggan daripada pelbagai peringkat umur, bangsa serta latar belakang kerjaya.-KOSMO!ONLINE

The post Nikmati selera peranakan hujung minggu di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved