Nilai Bitcoin Menjunam Bawah $83,000

Business & FinanceDigital
21 Nov 2025 • 5:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Nilai mata wang kripto Bitcoin merosot bawah $83,000 hari ini dengan ia meneruskan trend penurunan nilai mata wang kripto sejak awal bulan bermula. Semasa artikel ini ditulis, nilai Bitcoin ialah sekitar $82,543 (~RM 342,347) yang bersamaan penurunan lebih 10% dalam tempoh 24 jam.

image is not available

Kali terakhir nilai Bitcoin di tahap serendah ini ialah pada awal April lalu. Ia kini semakin hampir kepada nilai terendah tahun ini iaitu $76,723 yang dicatatkan pada bulan Mac. Nilai Bitcoin merosot selepas ramai pelabur menjual pegangan yang disimpan berikutan nilai mula susut berbanding $123,000 yang dicatatkan awal Oktober lalu.

Ketidakstabilan pasaran saham dunia disebabkan oleh kegusaran gelembung AI turut menjadi faktor mengapa kesemua peningkatan nilai Bitcoin yang dicatatkan tahun ini luput dalam tempoh hanya 10 bulan.