WhatsApp Akan Menyokong Mesej Daripada Aplikasi Pihak Ketiga

TechnologyDigital
16 Nov 2025 • 12:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Di bawah RUU Akta Pasaran Digital (DMA) Kesatuan Eropah, pembangun aplikasi diminta membuka ekosistem mereka kepada aplikasi pihak ketiga. Antara yang ingin dilakukan ialah fungsi chat dalam satu aplikasi boleh dibaca oleh pengguna aplikasi lain tanpa aplikasi pertama dipasang.

image is not available

Hari ini Meta mengumumkan dalam masa beberap bulan lagi, WhatsApp akan mula menyokong penghantaran dan membaca mesej daripada aplikasi pihak ketiga. Dua aplikasi pihak ketiga yang aka disokong ialah BirdyChat dan Haiket. Mereka boleh berkongsi mesej, mesej audio, gambar, video dan fail merentasi ketiga-tiga platform.

Kelak apabila menerima persetujuan dengan pihak ketiga, sokongan perbualan dalam kumpulan turut akan disokong. Pada ketika ini Meta mengatakan ciri ini akan hanya diberikan kepada pengguna di Eropah sahaja.

Selain sokongan menghantar mesej mesej rentas platform, DMA juga sudah meminta Apple membuka sistem tambatan AirPods, Apple Watch dan AirDrop kepada pihak ketiga tahun lalu. Apple menolak permintaan ini kerana mengatakan ia boleh mendatangkan risiko sekuriti kepada pengguna peranti mereka,