Nilai paling tidak sihat, IPU cecah 163

LocalEnvironment
22 Oct 2026 • 9:32 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Nilai paling tidak sihat, IPU cecah 163

PETALING JAYA – Sebanyak 15 kawasan di seluruh negara mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dengan Nilai, Negeri Sembilan merekodkan bacaan tertinggi iaitu 163 setakat pukul 9 pagi tadi.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Bukit Rambai, Melaka pula mencatatkan bacaan kedua tertinggi iaitu 159.

Sementara itu Klang, Seremban dan Johan Setia masing-masing merekodkan IPU 155, diikuti Petaling Jaya, Selangor (154), Tangkak, Johor (153), Batu Muda, Kuala Lumpur dan Shah Alam, Selangor (152).

Turut mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Port Dickson, Negeri Sembilan (148), Bandaraya Melaka (142), Cheras, Kuala Lumpur dan Putrajaya (140), Banting, Selangor (131) serta Pasir Gudang, Johor (108).

Dalam pada itu, sebanyak 50 kawasan merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana, manakala tiga kawasan lagi berada pada tahap baik.

Mengikut skala IPU, bacaan antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana dan 101 hingga 200 tidak sihat..-KOSMO! ONLINE

The post Nilai paling tidak sihat, IPU cecah 163 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved