
PETALING JAYA – Semua kawasan pemantauan di Lembah Klang merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dengan bacaan tertinggi 155 setakat pukul 3 petang tadi.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Batu Muda, Kuala Lumpur dan Klang, Selangor masing-masing mencatatkan bacaan IPU 155.
Sementara itu, Petaling Jaya serta Johan Setia, Selangor pula merekodkan bacaan 154, diikuti Shah Alam (152), manakala Putrajaya dan Banting masing-masing mencatatkan 151.
Cheras pula merekodkan IPU sebanyak 111.
Dalam pada itu, Nilai, Negeri Sembilan masih merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 163, diikuti Seremban dan Bukit Rambai, Melaka masing-masing pada paras 156.
Tangkak, Johor turut mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu 152, manakala Port Dickson, Negeri Sembilan merekodkan bacaan IPU 128 dan Bandaraya Melaka (115).
Menurut APIMS JAS, bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 51 hingga 100 adalah sederhana. -KOSMO! ONLINE
The post Semua kawasan di Lembah Klang catat IPU tidak sihat appeared first on Kosmo Online.






