Nintendo Game Boy ialah konsol mudah alih yang sudah berusia 36 tahun. Hampir empat dekat yang lalu, ia adalah konsol mudah alih yang menjadi status kemewahan di sekolah kerama tidak seperti sistem Game & Watch yang juga dikeluarkan Nintendo, permainan Game Boy boleh ditukar ganti. Bagi peminat Lego dan Nintendo, gambar rajah Venn anda pagi ini bertindan kerana set Lego Nintendo Game Boy telah diumumkan di San Diego Comic Conn.

Set Lego 72046 Game Boy ini adalah pada skala 1:1 Game Boy asal. Ia hadir dengan dua bongkah katrij Super Mario Land dan The Legend of Zelda : Link’s Awakening. Paparan pada “skrin LCD” Game Boy ini juga boleh ditukar untuk menunjukkan babak dalam dua permainan tadi dan skrin but apabila konsol dihidupkan.

Semua butang kawalan, tombol dan laras dihasilkan dalam bentuk Lego. Malahan katrij dua permainan yang disebutkan tadi boleh dimasukkan ke dalam slot di belakang. Set mengandungi 421 bongkah Lego kesemuanya dengan ia akan dijual bermula 1 Oktober pada harga $59.99 (~RM 253). Ketika artikel ditulis, harga jualan di Malaysia belum diumumkan.
Set Game Boy is serasi diletakkan bersebelahan set Nintendo Entertainment System dan Pac-Man yang dijual oleh Lego sebelum ini.

