Nintendo Switch Telah Terjual Lebih 146 Juta Unit Setakat Ini

TechnologyGamingDigital
8 Nov 2024 • 10:09 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nintendo mengumumkan sebanyak 146 juta unit konsol Switch telah berjaya dijual setakat ini. Angka ini meletakkan Switch di tangga ke tiga konsol dengan jualan tertinggi di belakang Sony PlayStation 2 (155 juta) dan Nintendo DS (154.2 juta). Angka menakjubkan ini dicapai dalam tempoh 7 tahun selepas dilancarkan.

image is not available

Ia jauh meninggalkan konsol dalam generasi sama iaitu PlayStation 4 (117.2 juta) dan Microsoft Xbox One (58 juta). Pengumuman angka jualan terkini Switch ini dilakukan diambang pelancaran Nintendo Switch 2 yang dijangka dilakukan awal tahun depan.

Nintendo masih berahsia mengenai spesifikasi penuh dan rekaan konsol ini. Mereka sekadar mengatakan Switch 2 kelak boleh memainkan permainan Switch asal menerusi sokongan keserasian ke belakang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved